Kematian Haruma Miura

Pada hari Sabtu 18 Julai 2020, Miura ditemukan dalam keadaan tergantung di rumahnya di Tokyo pada pukul 1:00 tengah hari ketika berusia 30 tahun.[17] Dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.[18]

Mayatnya ditemui di dalam almari ketika pengurusnya datang ke rumahnya apabila dia tidak menghadirkan diri ke tempat kerja pada tengah hari tersebut. Pihak polis menyatakan bahawa dia membunuh diri berdasarkan sekeping nota yang dijumpai.[19]

Ekoran kematiannya, single keduanya iaitu "Night Diver" akan diterbitkan pada 26 Ogos 2020. Sebuah rancangan khas bagi memperingati Miura akan disiarkan dalam rancangan Stesen Muzik milik TV Asahi selama tiga jam setengah pada 24 Julai.[20]